Friday, July 1, 2011

Last train from KL to Tanjung Pagar Station, Singapore 290611





































The Star Online 1st July 2011

 Singapore to preserve two historical railway stations

SINGAPORE: The Tanjung Pagar Railway Station, also known as the Keppel Road Railway station, is of great historical and sentimental value, not only for Singapore but also its neighbour, Malaysia.
Come July 1, 2011 the curtains will close on both the Tanjung Pagar and the Bukit Timah station as Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terminates its rail services in the republic at the Woodlands Train Checkpoint (WTCP).

Both the Tanjung Pagar, which opened in 1932, and Bukit Timah, opening in 1903, are set to see a new role, but their buildings and legacies are to be preserved.

According to the Malaysian High Commissioner to Singapore, Datuk Md Hussin Nayan, the move to list both stations as heritage centres is part of the Malaysia-Singapore Points of Agreement (POA) concluded in 1990.

He told Bernama that the Tanjung Pagar station, especially, has sentimental value to many Malaysians, and it reflects the social and cultural ties between the causeway.
Md Hussin said the preparation for KTM services to terminate at WTCP is progressing well and is on schedule.


In view of their deep historical significance, and to protect physical reminders of both stations' rich heritage, the Singapore government recently announced its commitment to preserve both. – Bernama



UTUSAN MALAYSIA ONLINE 1st July 2011

'Stesen Tanjong Pagar tutup: KTM perkenal pakej baru'


JOHOR BAHARU 1 Julai — Setelah Stesen Kereta Api Tanjong Pagar di Singapura ditutup buat selama-lamanya tengah malam tadi, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan memperkenalkan pakej baru bagi menarik pelancong menggunakan perkhidmatannya ke republik itu.

Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan berkata, antara pakej yang akan diadakan ialah seperti pakej melancong ke Universal Studio dan Pulau Sentosa.

Beliau berkata, pakej itu bukan hanya bertujuan menarik pelancong Malaysia ke Singapura sahaja tetapi ia turut mampu menarik pelancong dari negara itu untuk membeli pakej-pakej menarik “Rail Tourism” yang mempromosikan Malaysia.

Aminuddin ditemui pemberita selepas tiba di Stesen JB Sentral di sini dengan menaiki tren terakhir dari Stesen Tanjong Pagar pada pada 12.18 tengah malam tadi.

Tren terakhir dengan 17 gerabak itu dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bermula hari ini, perkhidmatan KTMB dari dan ke Singapura beroperasi dari stesen Woodlands di republik itu. - Bernama

3 comments:

  1. Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

    Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

    Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

    Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?

    ReplyDelete
  2. Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

    ReplyDelete

Followers

Protected by Copyscape Duplicate Content Finder